DUNIA ANIMASI

June 9, 2009

ke sepuluh

Filed under: non berita — asiaaudiovisualra09pernandacakrabuanakusuma @ 2:55 pm
Tags:

Wayang dan Animasi Malaysia

‘Wayang Kulit’ adalah antara animasi awal yang terdapat di Malaysia kerana persembahan gerakan watak wayang kulit dikawal pemainnya bergelar ‘Dalang’ melalui sendi tangan, leher dan mulut yang digerak-gerakkan.

Teknik gerakan ini hampir sama seperti yang digunakan bagi menggerakkan watak kartun animasi di dalam pembikinan ‘animasi guntingan’ atau ‘cutout animation’ seperti siri animasi ‘South Park’. Juru animasi dari Jerman, Lotte Reiniger mendapat ilham membuat filemnya yang berjudul ‘The Advantures Of Prince Achmed’ pada tahun 1926 berasaskan wayang kulit.

Secara ringkasnya sejarah animasi di Malaysia bermula dengan tertubuhnya ‘Unit Filem Malaya’ pada tahun 1946, kini dikenali sebagai ‘Filem Malaysia’ telah menghasilkan animasi ‘Hikayat Sang Kancil’ pada tahun 1978 dan mula ditayangkan di televisyen pada tahun 1983. Filem pendek lain ditayangkan sekitar tahun 1984 hingga 1987 antaranya berjudul ‘Sang Kancil & Monyet’, ‘Sang Kancil & Buaya’, ‘Gagak Yang Bijak’, ‘Arnab Yang Sombong’ dan ‘Singa Yang Haloba’.

Kehadiran penggunaan teknologi digital pada awal 1990an pula telah menjadikan Malaysia mempunyai kartun siri animasi TV pertama ‘Usop Sontorian’ terbitan ‘Kharima Pictures’. Seterusnya tertubuhlah pelbagai lagi syarikat animasi yang menerbitkan siri animasi TV seperti ‘Yokies’, ‘Sang Wira’, ‘Kampung Boy’ ‘Anak-anak Sidek’, ‘Keluang Man’ dan lain-lain lagi.

‘Silat Lagenda’ terbitan ‘Peninsula Pictures Sdn Bhd’ pula merupakan filem animasi pertama Malaysia yang ditayangkan di pawagam pada tahun 1998. Filem pertama menggabungkan lukisan kartun animasi dan lakonan sebenar (manusia) pula adalah ‘Mat Gelap’ lakonan kartunis Imuda, pada tahun 1990 terbitan ‘ZHA Film Production’. Animasi kini makin berkembang di Malaysia dengan penggunaan pelbagai teknik serta menjadi pilihan kerjaya bagi sesetengah pelukis.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: